ARTIKEL

Kakitangan AirAsia mempromosikan AirAsia Travel Fair yang diadakan di Vivacity Megamall, Kuching. - Foto: Mohd Alif Noni

AirAsia Travel Fair 2025 di Vivacity Megamall, Kuching pada 8-9 Feb

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, membuka lembaran baharu dengan menganjurkan AirAsia Travel Fair di pusat beli-belah Vivacity Megamall di sini bermula hari ini hingga esok.

Penganjuran pameran pelancongan itu merupakan sebahagian daripada komitmen AirAsia dalam menyokong pertumbuhan pelancongan negeri dan usaha Sarawak menarik lebih ramai pelancong.

Acara ini menawarkan pelbagai promosi menarik, termasuk diskaun sehingga 25 peratus bagi tambang penerbangan dari Kuching, potongan 50 peratus untuk pratempahan tambang bagasi daftar masuk, serta diskaun sehingga 33 peratus bagi pratempahan hidangan Santan.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati tawaran eksklusif bagi insurans perjalanan daripada Tune Protect.

AirAsia terus memperkukuh usaha menarik lebih ramai pelancong ke Sarawak dengan pengembangan rangkaian penerbangan serta perancangan pembukaan laluan baharu.

Kakitangan AirAsia menunjukkan risalah untuk mempromosikan AirAsia Travel Fair di Vivacity Megamall, Kuching. – Foto: Mohd Alif Noni

Dalam tempoh sedekad lalu, syarikat ini telah menyediakan lebih banyak laluan terus dari negeri ini ke destinasi utama, menjadikannya Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia.

Rangkaian penerbangan yang luas ini bukan sahaja meningkatkan jumlah ketibaan pelancong, malah membuka lebih banyak peluang kepada pengembara domestik dan antarabangsa untuk menerokai keunikan Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata, syarikat itu berbangga untuk terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sektor pelancongan Sarawak, sejajar dengan sasaran negeri untuk mencapai lima juta ketibaan pelancong pada tahun ini.

Jelasnya, Ini membuktikan komitmen teguh pihaknya terhadap Sarawak, dengan Kuching sebagai salah satu hab utama AirAsia di Malaysia, dan lebih 750 kakitangan Allstars yang berdedikasi berkhidmat untuk para tetamu di seluruh negeri ini.

“Dengan rangkaian penerbangan yang tiada tandingan ke destinasi domestik dan antarabangsa, AirAsia berbangga menjadi syarikat penerbangan jenama tempatan yang telah menerajui perjalanan mampu milik dari Sarawak selama lebih dua dekad.

“Acara ini merupakan salah satu usaha untuk membawa pengembara lebih dekat dengan destinasi impian mereka sambil mempromosikan Sarawak sebagai destinasi yang harus dilawati di Malaysia dan di seluruh ASEAN,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kuching adalah hab utama AirAsia di Malaysia dengan sembilan laluan domestik ke pelbagai destinasi menarik dalam negara, seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu, serta laluan antarabangsa ke Singapura dan Jakarta.

Dari Kuching, para tetamu AirAsia boleh menerokai pelbagai destinasi lain di seluruh dunia melalui perkhidmatan rangkaian Fly-Thru ke Bali, Kota Ho Chi Minh, Jaipur, Kunming, Seoul, Tokyo, Perth, Nairobi dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi AirAsia Travel Fair 2025 di Vivacity Megamall, Kuching, hujung minggu ini dan nikmati pelbagai tawaran menarik untuk percutian seterusnya.

Tetamu AirAsia boleh menerokai pelbagai destinasi lain di seluruh dunia melalui perkhidmatan rangkaian Fly-Thru ke Bali, Kota Ho Chi Minh, Jaipur, Kunming, Seoul, Tokyo, Perth, Nairobi dan banyak lagi. – Foto: Mohd Alif Noni

BERITA LAIN

BERITA TERBARU