ARTIKEL

TERUS BERKEMBANG… AirBorneo melancarkan laluan antarabangsa sulung yang menghubungkan Kuching-Singapura menerusi Terminal 4, Lapangan Terbang Changi. |Foto AirBorneo

AirBorneo lancar laluan antarabangsa sulung Kuching-Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo mencipta satu lagi detik bersejarah sempena Sambutan Hari Sarawak apabila melancarkan laluan antarabangsa sulungnya yang menghubungkan Kuching-Singapura menerusi Terminal 4, Lapangan Terbang Changi.

Pengerusi AirBorneo, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, pelancaran laluan antarabangsa pertama itu merupakan pencapaian penting bukan sahaja kepada AirBorneo, malah kepada Sarawak dalam usaha memperkukuh jaringan hubungan dengan negara serantau.

“Singapura merupakan pintu masuk utama di rantau ini yang akan membuka lebih banyak peluang dalam sektor pelancongan, perdagangan, pelaburan serta hubungan antara rakyat kedua-dua destinasi.

“Pelancaran laluan antarabangsa pertama ini mencerminkan komitmen AirBorneo untuk memperkukuh kesalinghubungan, memperluas peluang ekonomi serta menyokong aspirasi pembangunan jangka panjang Sarawak.

“Sempena Hari Sarawak, kejayaan ini turut melambangkan kemajuan berterusan negeri serta visi bersama untuk meletakkan Sarawak sebagai pintu masuk dinamik ke rantau ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

TERUS BERKEMBANG… AirBorneo melancarkan laluan antarabangsa sulung yang menghubungkan Kuching-Singapura menerusi Terminal 4, Lapangan Terbang Changi. |Foto AirBorneo

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo Megat Ardian Aminuddin berkata, laluan Kuching-Singapura dipilih sebagai destinasi antarabangsa pertama kerana hubungan ekonomi yang kukuh serta peranan Singapura sebagai hab penerbangan dan perdagangan utama di rantau ini.

Menurutnya, pembukaan laluan berkenaan menandakan permulaan kepada peluasan rangkaian antarabangsa AirBorneo secara strategik ke lebih banyak destinasi pada masa hadapan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU