ARTIKEL

FOTO: FB Astana Sarawak p1: Penyampaian cenderamata oleh pihak PUNB kepada Tun Wan Junaidi.

PUNB Disaran Perluas Peluang Keusahawanan Bumiputera di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) disaran memperluas peluang keusahawanan kepada bumiputera di Sarawak termasuk di kawasan luar bandar, kata Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurutnya, usaha itu penting bagi menggalakkan lebih ramai rakyat menceburi bidang perniagaan serta meneroka sektor ekonomi baharu yang berpotensi berkembang di negeri ini.

“Apabila dilakukan secara berterusan, ia dapat membina keyakinan masyarakat untuk berniaga, selain mengubah persepsi risiko dan cabaran yang lazim dihadapi usahawan,” katanya menerusi satu kenyataan Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, Tun Wan Junaidi menyarankan agar kerjasama dengan persatuan bumiputera, pertubuhan masyarakat, dewan perniagaan serta agensi pembangunan usahawan di Sarawak terus diperkukuh bagi memperluas jaringan sokongan.

Seterusnya, meningkatkan kesedaran dan memberikan motivasi kepada lebih ramai rakyat untuk menjadikan keusahawanan sebagai sumber pendapatan serta laluan meningkatkan taraf hidup.

Sementara itu, kunjungan hormat diketuai pengerusinya, Tan Sri Rastam Mohd Isa, bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan dan pegawai kanan PUNB.

Ia juga memberikan penerangan peranan, inisiatif serta usaha berterusan perbadanan itu dalam memperkasa pembangunan keusahawanan, khususnya dalam kalangan masyarakat bumiputera di Sarawak.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk bertukar pandangan pendekatan yang lebih berkesan dalam memperluas peluang keusahawanan, meningkatkan penyertaan masyarakat bumiputera dalam kegiatan ekonomi serta memperkukuh ekosistem pembangunan usahawan di negeri ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU