ARTIKEL

Lee ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), di sini, hari ini | Foto: Mohd Alif Noni

AirBorneo naik taraf sistem sedia ada, diskaun 50 peratus untuk warga emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: AirBorneo akan terus menambah baik fungsi sistem operasinya, termasuk memperkenalkan kemudahan daftar masuk dalam talian bagi penerbangan menggunakan pesawat ATR, kata Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin.

Beliau berkata, ketika ini proses daftar masuk bagi penerbangan AirBorneo masih dilakukan secara manual, namun usaha giat dilaksanakan untuk menaik taraf sistem sedia ada agar perkhidmatan tersebut dapat ditawarkan secara dalam talian kepada penumpang.

Bagaimanapun katanya, bagi laluan luar bandar yang menggunakan pesawat ‘twin otter’ ia tidak dapat dilaksanakan.

“Ini berikutan kekangan kemudahan, memandangkan lapangan terbang yang terlibat adalah kecil dan hanya melibatkan jumlah penumpang yang sangat terhad, iaitu sekitar sembilan orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), di sini, hari ini.

Lee berkata, lawatan itu bertujuan menilai sendiri kelancaran sistem yang digunakan termasuk proses daftar masuk, pengendalian bagasi serta ketibaan penerbangan AirBorneo.

Jelasnya, setakat ini maklum balas yang diterima adalah positif dengan operasi di kaunter daftar masuk berjalan lancar walaupun sistem masih dilaksanakan secara manual.

“Buat masa ini, AirBorneo telah mengambil alih keseluruhan 21 sistem utama dan 11 subsistem, menjadikan keseluruhannya sebanyak 35 sistem yang sedang beroperasi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Lee berkata, AirBorneo turut merancang untuk menambah baik sistem bagi membolehkan warga emas menikmati diskaun tambang 50 peratus di bawah skim Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) Sarawak melalui kemudahan dalam talian.

“Ketika ini, warga emas perlu membuat semakan secara manual atau menghubungi pusat panggilan untuk mendapatkan diskaun tersebut,” katanya tambahnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin mendedahkan secara purata, jumlah penumpang harian bagi AirBorneo adalah sekitar 2,000 orang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU