PENYANYI baharu tanah air, Aisha Retno, 25, mengakui serik untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki setelah melalui fasa sedih iaitu putus cinta pada tahun ini.
Aisha berkata, beliau enggan untuk memikirkan soal berkenaan dan hanya mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya seni.
“Saya pun sudah dewasa.
Kita tak boleh nak menahan orang lain untuk terus bersama kita.
“Kami sudah berkenalan selama beberapa bulan.
Buat masa sekarang, saya memang serik bercinta.
Siapa yang datang, saya terima sahaja,” katanya.
Dari sisi lain, dia juga memberitahu bahawa putus cinta memberi inspirasi untuk menulis lagu baru.



