ARTIKEL

Kecantikan, kecerdasan dan semangat dalam satu peribadi.

Aisyah Alameen, Miss Malaysia Elegante World International 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pada usia 17 tahun, remaja berbakat ini membuktikan bahawa kecantikan sejati lahir daripada gabungan keanggunan, kecerdasan dan hati yang ingin memberi.

Dunia pertandingan ratu cantik Malaysia menyaksikan kemunculan bintang baharu Aisyah Alameen, pelajar yang kini menuntut dalam bidang undang-undang, baru sahaja dinobatkan sebagai Miss Malaysia Elegante World International 2026.

Namun di sebalik mahkota dan senyuman mempesonanya, tersembunyi kisah seorang gadis muda yang membawa impian jauh lebih besar daripada sekadar gelaran.

Warisan Budaya yang Kaya

Aisyah dilahirkan dengan gabungan warisan budaya yang unik, gadis cantik ini membawa dalam dirinya kepelbagaian yang jarang ditemui.

Daripada sebelah ibunya, mengalir darah keturunan India, Cina Malaysia dan Indonesia. Manakala daripada sebelah bapanya pula, beliau mewarisi keturunan India, Pakistan dan Turki.

Kepelbagaian ini bukan sekadar fakta dalam salasilah keluarga. Bagi Aisyah, kepelbagaian ini menjadi asas yang membentuk cara beliau melihat dunia iaitu dengan mata yang terbuka terhadap perpaduan, dengan hati yang menghargai perbezaan dan dengan jiwa yang meraikan keindahan dalam kepelbagaian.

Dari Cermin Bilik Tidur ke Pentas Antarabangsa

Minat Aisyah dalam dunia peragaan bermula pada usia 14 tahun. Ketika itu, dia terpesona menyaksikan model terkenal dunia Doutzen Kroes berlenggok anggun di pentas Victoria’s Secret Fashion Show. Detik itu mengubah segalanya-galanya.

“Saya sangat terpesona melihat kecantikan dan cara beliau ( Victoria’s) berjalan di pentas.

“Sejak itu saya mula berlatih berjalan dan bergaya di hadapan cermin serta merakam video seperti model-model yang saya kagumi,” kenang Aisyah.

Bermula sebagai hobi kecil di bilik tidur akhirnya mendapat perhatian ramai melalui media sosial.

Pengikutnya mula melihat potensi luar biasa dalam diri gadis muda ini dan menggalakkannya menceburi bidang peragaan dengan lebih serius.

Lebih daripada Sekadar Penampilan

Bagi Aisyah, dunia peragaan dan pertandingan ratu cantik bukan tentang penampilan semata-mata. Ia adalah platform untuk menyebarkan inspirasi dan membina keyakinan dalam diri orang lain.

“Bagi saya, kecantikan sebenar bukan terletak pada rupa paras semata-mata, tetapi pada kemampuan seseorang untuk membantu, mengangkat dan memberi inspirasi kepada orang lain,” jelasnya dengan penuh keyakinan.

Falsafah ini turut tercermin dalam pilihan kerjayanya. Aisyah kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang dengan impian menjadi peguam yang mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat dan memperjuangkan keadilan.

Inspirasi di Sebalik Kejayaan

Di sebalik setiap kejayaan, ada individu yang menjadi sumber kekuatan. Bagi Aisyah, mereka adalah ibu dan datuknya.

“Dalam setiap keraguan dan saat saya hampir berputus asa, ibu dan datuk sentiasa menjadi sumber kekuatan saya.

“Mereka tidak pernah berhenti mempercayai saya walaupun saya sendiri kadangkala meragui kemampuan diri,” luah Aisyah dengan penuh emosi

Selain keluarga, Aisyah turut mengagumi Kim Kardashian sebagai inspirasi peribadinya. Bukan kerana kemasyhuran semata-mata, tetapi kerana sifat yakin diri, ketabahan dan semangat tinggi yang dimiliki personaliti terkenal itu.

“Beliau mengajar saya bahawa dengan keyakinan, usaha dan kepercayaan terhadap diri sendiri, tiada apa yang mustahil untuk dicapai,” katanya lagi.

Misi di Pentas Antarabangsa

Kini di bawah bimbingan pengarah kebangsaan yang juga anak kelahiran Sarawak, Kimi Tomas, Aisyah melangkah dengan penuh semangat ke arena pertandingan ratu cantik antarabangsa.

Sekiranya dinobatkan sebagai Miss Elegante World International, Aisyah berhasrat menggunakan platform tersebut untuk mempromosikan pendidikan, memperkasakan golongan wanita muda dan memperjuangkan hak wanita.

“Bagi saya, kejayaan bukan sekadar mencapai impian sendiri, tetapi juga bagaimana kita mampu memberi manfaat dan perubahan kepada orang lain,” jelasnya.

Bukan sekadar wajah cantik yang memakai mahkota, Aisyah ialah simbol harapan, suara generasi muda dan bukti bahawa umur bukan penghalang untuk bermimpi besar.

Sebagai seorang yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai peguam, sumber inspirasi dan seorang ratu yang sedang melakar perjalanan menuju kejayaan — Malaysia patut berbangga dengan permata mudanya ini.

Untuk pengetahuan, pertandingan Elegante World International 2026 akan berlangsung dari 6 hingga 10 Ogos 2026 di Kuala Lumpur, Malaysia, yang telah dipilih sebagai negara penganjur edisi kali ini.

Penganjuran pertandingan berprestij ini merupakan hasil kerjasama antara Malaysia dengan Filipina, sekali gus menghimpunkan para peserta dari pelbagai negara untuk bersaing di pentas antarabangsa dalam meraikan keanggunan, bakat, kecerdasan dan keperibadian.

BERITA LAIN

Kesedaran kanser payudara tanggungjawab bersama

KESEDARAN tentang kanser payudara bukan sekadar tanggungjawab wanita, sebaliknya perlu menjadi perhatian seluruh masyarakat, termasuk golongan lelaki yang turut berisiko menghidap penyakit itu. Menyedari kepentingan

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira