ARTIKEL

Aisyah pegang dua watak sinetron JANET & JAMILAH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINETRON Indonesia Janet & Jamilah keluaran Screenplay Films boleh ditonton di laman sesawang Vidio.

Sinetron arahan Anika Marani ini dibintangi Aisyah Aqilah, Pangeran Lantang, Fadi Alaydrus dan Amara Sophie sebagai watak utama.

Janet & Jamilah mengisahkan sepasang kembar yang dipisahkan sejak bayi.

Mereka berdua memiliki kehidupan dan karakter berbeza.

Janet lahir di ibu kota dengan segala kemewahan.

Manakala, Jamilah membesar dengan kesederhanaan di kampung.

Janet lebih feminin dan Jamilah cenderung bersikap tomboi.

Watak Janet dan Jamilah dilakonkan oleh Aisyah Aqilah.

Bermakna dia melakonkan dua watak berbeza dalam satu masa.

Aisyah berunding dengan pengarahnya agar mengetahui dan mendapat penghayatan untuk memegang dua watak tersebut.

“Sepanjang proses penggambaran, saya membina karakter saya sendiri sehinggalah benar-benar membuat Janet dan Jamilah tampil berbeza,” ulas Aisyah memetik media antarabangsa.

Dia juga sangat menerima pandangan daripada rakan pelakon lain untuk menambah baik penghayatan dua wataknya tersebut.

Aisyah mengaku cukup susah memainkan dua watak sekali gus.

Janet & Jamilah mempunyai 33 episod dan berdurasi sekitar 60 minit bagi setiap episod.

BERITA LAIN

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU