ARTIKEL

Wee meninjau kerja pemasangan penghadang keselamatan di tepi jalan berhampiran SJK Sungai Apong, semalam.

MBKS pasang penghadang keselamatan di SJK Sungai Apong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memasang penghadang keselamatan di sepanjang parit dalam berhampiran SJK Sungai Apong bagi mengurangkan risiko murid terjatuh ke dalam parit berkenaan.

Kerja pemasangan itu dibiayai menggunakan peruntukan MBKS susulan lawatan tapak Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng bersama Ahli Majlis, Chai Ju Loon dan pegawai MBKS bagi menilai tahap keselamatan di kawasan sekolah tersebut.

Hasil lawatan mendapati parit berkenaan tidak mempunyai penghadang, sekali gus menimbulkan risiko, khususnya ketika hujan lebat apabila paras air meningkat.

Penghadang yang siap dipasang bertujuan melindungi murid dan ibu bapa yang menggunakan laluan berkenaan ketika menghantar atau mengambil anak di sekolah.

Wee berkata, pemasangan itu merupakan tindakan susulan terhadap risiko keselamatan yang dikenal pasti semasa lawatan tapak.

Beliau berkata, MBKS menggunakan peruntukan sendiri bagi melaksanakan kerja berkenaan demi meningkatkan keselamatan di sekitar kawasan sekolah.

Penambahbaikan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MBKS menerusi Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) UNICEF bagi mewujudkan persekitaran sekolah lebih selamat serta memastikan aspek keselamatan kanak-kanak diberi perhatian dalam penambahbaikan infrastruktur awam.

BERITA LAIN

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

BERITA TERBARU

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi