ARTIKEL

Gambar hiasan

Ajal tali keselamatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Seorang wanita berusia 21 tahun maut di Brazil pada Sabtu selepas dilepaskan dari platform setinggi kira-kira 40 meter semasa aktiviti terjun tali tanpa dipasang tali keselamatan, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Insiden itu berlaku di Jambatan Ponte do Esqueleto di Limeira, sebuah bandar di tenggara negeri Sao Paulo.

Menurut pihak berkuasa, pengendali aktiviti gagal memasang peralatan keselamatan yang diperlukan bagi mengelakkan mangsa terhempas ke tanah.

Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan beberapa individu membawa mangsa ke lokasi terjunan. Beberapa saat selepas mangsa dilepaskan, jeritan cemas kedengaran apabila orang ramai menyedari tali keselamatan tidak dipasang.

Pihak berkuasa berkata dua suspek cuba melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran selepas kejadian, namun berjaya dikesan menerusi operasi pencarian.

Secara keseluruhan, enam individu ditahan untuk disoal siasat polis.

Pasukan bomba dan perubatan kecemasan dikerahkan ke lokasi, namun wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. -Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU