ARTIKEL

Akauntan rugi RM90,000 terpedaya pelaburan dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Gara-gara tertarik dengan keuntungan lumayan yang ditawarkan menerusi laman Facebook, seorang akauntan swasta berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM90,000.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa merupakan seorang wanita berbangsa cina berusia sekitar 50-an.

Katanya, segalanya bermula apabila mangsa tertarik untuk membuat urusan pelaburan mata wang asing yang ditawarkan melalui laman Facebook.

“Mangsa telah membuat lima kali transaksi ke akaun bank pihak ketiga yang diberikan suspek sehingga berjumlah RM90,000.

“Namun, mangsa hanya menyedari dirinya telah ditipu apabila keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, siasatan polis kini dijalankan di bawah peruntukan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Alexson pada masa yang sama menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan tawaran pelaburan secara atas talian khasnya dari laman sosial yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh yang singkat.

BERITA LAIN

Isu warga emas bukan masalah keluarga semata-mata

KUCHING: Sudah dibenarkan keluar hospital, namun masih tidak dapat pulang ke rumah kerana tiada ahli keluarga tampil mengambil atau menguruskan kepulangan mereka. Itulah antara situasi

BERITA TERBARU

Isu warga emas bukan masalah keluarga semata-mata

KUCHING: Sudah dibenarkan keluar hospital, namun masih tidak dapat pulang ke rumah kerana tiada ahli keluarga tampil mengambil atau menguruskan kepulangan mereka. Itulah antara situasi