ARTIKEL

HARUS FOKUS….Pemain AKC mendengar taklimat penting daripada Joseph Kalang Tie (kiri).

AKC FC Mahu Kekal Momentum, Sasar Kutip Mata di Kota Kinabalu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Akademi Kuching City FC siap siaga untuk berdepan jiran tetangga, Sabah FC III di Stadium Likas, Kota Kinabalu petang esok (Sabtu).

Turun dengan misi mahu mengekal momentum cemerlang dan cuba beroleh sebarang mata.

Ketua jurulatih, Joseph Kalang Tie mengakui segalanya bukan mudah untuk direalisasi barisan kendaliannya mengambil kira perlawanan petang esok berlangsung di gelanggang lawan.

“Kita turun dengan satu misi untuk cuba meraih sebarang mata pada perlawanan petang esok.

“Segalanya bukan mudah kerana tuan rumah juga turun dengan misi yang sama,” tegas Joseph kepada Arena Suara Sarawak.

Joseph akui, beliau akan menurunkan rangkaian kesebelasan terbaik untuk aksi kedua membabitkan pasukannya esok.

“Semua pemain bebas daripada sebarang kecederaan, dan tiada sebarang perubahan besar barisan utama yang akan diturunkan,” kata Joseph.

Skuad Akademi Kuching City FC memulakan kempen Piala Belia 2026 dengan positif apabila seri tanpa jaringan menentang Penang FC III di Stadium Negeri, Petra Jaya hujung minggu lepas.

Sekali gus, menjurus perolehan satu mata berharga.

Dalam pada itu, Joseph berharap pemainnya bijak menyempurnakan peluang terhidang sepanjang perlawanan itu nanti.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU