ARTIKEL

Akibat enggan bayar hutang, lelaki cedera ditetak rakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Mangsa mengalami kecederaan di tangan akibat ditetak oleh rakannya kerana enggan membayar hutang

PADAWAN: Seorang penjaga tapak projek binaan cedera ditetak di tangan dan kepalanya dipukul menggunakan tukul oleh rakannya kerana dipercayai enggan membayar hutang.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mangsa iaitu lelaki berusia 35 tahun itu diserang oleh suspek bersama dua orang lagi rakannya di sebuah rumah pekerja di Jalan Arang, di sini kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

“Suspek yang bersenjatakan parang menyerang mangsa yang baru bangun tidur di ruang tamu dan menetaknya di tangan sebelah kiri.

“Pada masa sama, salah seorang suspek memukul kepala mangsa menggunakan tukul.

“Tanpa berkata apa-apa, kesemua suspek kemudian keluar dari rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya mangsa yang cedera kemudian dihantar oleh rakan serumahnya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

Abang Zainal berkata berdasarkan keterangan mangsa, punca kejadian disebabkan dia berhutang sebanyak RM500 dengan suspek yang dikenalinya sebagai Ah Bie.

Sehubungan itu, katanya suspek marah dan tidak berpuas hati kerana dikatakan mangsa enggan membayar hutang.

“Mangsa dan Ah Bie merupakan kawan sebelum ini dan memang kenal antara satu sama lain,” katanya.

Justeru, Abang Zainal berkata pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padawan telah diarahkan untuk menangkap suspek.

Katanya kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU