ARTIKEL

Gambar hiasan

Akibat syabu lelaki dipenjara tujuh bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis syabu, Januari lalu.

Sukardi, 43, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama kerana terlibat dalam pengambilan dadah jenis syabu.

Dia melakukan kesalahan itu ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Daerah Kuching sekitar jam 2.40 petang pada 29 Januari lepas.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun serta pengawasan bagi tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dari tarikh sabitan terhadap tertuduh.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan oleh anggota JSJN Kuching sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.

Hasil ujian awal mendapati sampel urin tertuduh positif dadah jenis syabu sebelum sampel tersebut dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak untuk analisis lanjut.

Laporan analisis kemudiannya mengesahkan sampel urin tertuduh mengandungi amphetamine dan methamphetamine yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afiq Safly manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU