ARTIKEL

Superi merakam gambar bersama peserta Program Pemerkasaan Panel Penilai Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025.

AKPANS 2025 perkukuh penilaian perkhidmatan awam Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak, telah berjaya melaksanakan Program Pemerkasaan Panel Penilai Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025 yang berlangsung selama empat hari.

Program ini bertujuan memperkukuh keupayaan panel penilai agar lebih cekap dan profesional dalam menilai agensi kerajaan.

Antara fokus utama adalah penerapan elemen Malaysia Business Excellence Framework (MBEF), yang menjadikan proses penilaian lebih menyeluruh serta selari dengan standard antarabangsa.

Menurut Pengarah STIU, Superi Awang Said, pelaksanaan elemen MBEF menjadikan AKPANS setanding dengan sistem penilaian yang digunapakai di 84 negara.

“Pemerkasaan panel penilai menjamin ketelusan dalam pemilihan penerima anugerah dan mendorong penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Program ini turut memberi penekanan kepada aspek audit kualiti perkhidmatan, pematuhan prinsip tadbir urus, pembangunan komuniti, serta kelestarian agensi.

Seramai 48 panel penilai telah terlibat, dengan STIU merakamkan penghargaan atas dedikasi dan profesionalisme mereka.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan Perkhidmatan Awam Sarawak dalam memperkukuh tadbir urus dan menyampaikan perkhidmatan terbaik.

AKPANS, yang diadakan setiap dua tahun, akan bermula pada 8 April depan dengan taklimat kepada agensi terlibat, disusuli penilaian kendiri, penyerahan laporan, audit desktop, pembentangan, dan lawatan tapak.

Pemenang akan diumumkan sempena Hari Perkhidmatan Awam 2025.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU