ARTIKEL

PADU...Shahir (kiri) dan Nazit (kanan) menunjukkan hadiah dimenangi selaku juara

Aksi dramatik bawa Nazit-Shahir muncul juara kategori veteran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Wakil pasukan RIDEMAN, Ahmad Nazit Morshidi dan Ahmad Shahir Bujang mencipta kejutan selepas menewaskan beregu pilihan, Affendi dan Azizulfika pada aksi final kategori veteran pertandingan Badminton Beregu Piala YB Datuk Rubiah 2025 anjuran Persatuan Badminton Samarahan (PerBaS) di Dewan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Samarahan, hari ini.

Gandingan yang juga bekas naib juara kategori veteran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Kebangsaan 2024 itu mempamerkan aksi cemerlang apabila memenangi set pertama 21-14, sebelum Affendi dan Azizulfika mengikat kedudukan dengan kemenangan 21-19 di set kedua.

Nazit dan Shahir kembali bangkit pada set penentuan dengan mencatat kemenangan 21-15, sekali gus memastikan gelaran juara edisi 2025 menjadi milik mereka.

Tempat ketiga bersama diraih beregu Abg Mohd Najib dan Hershad Ehsa, serta gandingan Entali dan Frank Beth.

Sementara itu, aksi final kategori novis turut berlangsung sengit apabila mempertemukan beregu adik-beradik, Riefhan Jawaheer dan Radzien Jawaheer menentang pasukan pilihan, Aizat Nabil dan Dexter Ong.

TAHNIAH..Presiden PerBaS, Bong Chung Chok (tengah) merakam gambar kenangan bersama barisan pemenang

Beregu adik-beradik itu mencipta kejutan selepas menang di set pertama 21-15, namun hilang rentak di set kedua sehingga memberi peluang kepada Aizat dan Dexter untuk bangkit dengan kemenangan 21-9, sekali gus memaksa perlawanan ke set penentuan.

Aizat dan Dexter kemudian memastikan kemenangan di set penentu dengan keputusan 21-15.

Bagi kategori novis, tempat ketiga bersama diraih beregu Oliver Robert dan Zulfayri, serta beregu Seri Sudin dan Syafiq Syarifuddin Johari.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Presiden PerBaS merangkap pengerusi penganjur kejohanan, Bong Chung Chok.

Menurut beliau, juara menerima hadiah wang tunai RM1,000 beserta medal, manakala naib juara membawa pulang RM500 beserta medal. Tempat ketiga bersama pula masing-masing menerima RM250 dan medal.

Terdahulu, kejohanan menyaksikan penyertaan 64 beregu terdiri daripada penduduk Samarahan dan Kuching.

JUARA… Bong Chung Chok (tengah) bersama (dari kiri) Shahir, Nazit, Dexter dan Aizat

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Ratusan rakyat Indonesia gempur kerajaan

JAKARTA: Ratusan rakyat Indonesia berkumpul di tengah Jakarta pada Rabu bagi membantah kesukaran ekonomi, rasuah dan cara kerajaan mengendalikan kebakaran hutan teruk yang menyebabkan jerebu

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar