ARTIKEL

SEMAKIN MANTAP...Barisan pemain pasukan Gedong Unity.

Aksi separuh akhir Piala FA Serian Ahad ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Saingan peringkat separuh akhir Piala FA Serian 2023 berlangsung Ahad ini.

Bermula misi pemburuan tiket ke final buat empat pasukan pilihan, X Movent, TBS 23, SPFC dan Gedong Unity.

Di atas kertas peluang buat kesemua empat pasukan untuk mara ke pentas penentuan juara dilihat seimbang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu menegaskan, sukar untuk meramal pasukan yang akan mara ke final nanti.

Menurutnya, kesemua empat pasukan terbabit mempunyai kelebihan tersendiri.

“Kita hanya dapat mengetahui pasukan yang akan berjaya mara ke final selesai sahaja aksi separuh akhir Ahad nanti,” ujar Phillip kepada Arena Suara Sarawak.

Saingan itu bakal menyaksikan pasukan TBS 23 menentang X Movent pada jam 1petang, manakala SPFC bertemu Gedong Unity pada jam 3 petang.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU