ARTIKEL

Tiga penunggang motosikal ditahan polis selepas video aksi berbahaya mereka tular di media sosial, baru-baru ini.

Aksi ‘Superman’ Tular: Tiga individu Dikesan, Ditahan Polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Keghairahan mendapatkan perhatian menerusi aksi luar biasa membawa padah apabila tiga penunggang yang melakukan aksi ‘Superman’ di jalan raya awam akhirnya dikesan polis.

Rakaman berdurasi kira-kira 40 saat yang tular di media sosial baru-baru ini memaparkan ketiga-tiga penunggang dipercayai bersaing sesama sendiri sambil melakukan pelbagai aksi berbahaya ketika melalui Jalan Bau-Batu Kawa.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide bin A Rahman berkata, aksi bukan sekadar membahayakan penunggang terbabit, malah berisiko mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kehilangan kawalan atau perlanggaran.

“Susulan video tersebut, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menjalankan operasi mengesan ketiga-tiga individu terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mohd Haide, seorang penunggang berjaya dikesan dan ditahan manakala dua lagi hadir menyerah diri di Pejabat BSPT IPD Bau semalam.

“Kesemua tiga individu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

Menurut beliau, dua daripada penunggang terbabit turut didapati tidak memiliki lesen memandu yang sah dan tindakan saman diambil.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU