ARTIKEL

Aktiviti santai di Sumiran Eco Park

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUMIRAN ECO PARK menjadi antara tempat percutian alam semula jadi yang menarik di Kuching.

Seluas 22 ekar, tapak riadah ini dikelilingi hutan hujan, kebun dan padang, iaitu kira-kira empat kilometer ke selatan Jambatan Batu Kawa dan mengambil masa kira-kira 20 minit pemanduan dari pusat bandar raya Kuching.

Taman eko ini berintegrasi dengan alam semula jadi, menjadikan tempat ini sesuai untuk ahli keluarga dan rakan bersantai serta melakukan pelbagai aktiviti.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Sumiran Eco Park, antaranya berbasikal gunung, kem latihan kecergasan, aktiviti denai dan luncur keluang (fl ying fox).

Bagi pengunjung yang ingin dekat dengan alam, anda boleh mencuba untuk menginap di dalam khemah.

Bagi para pengunjung yang ingin menginap di dalam bilik, Sumiran Eco Camp turut menyediakan penginapan tersebut.

Antaranya bilik dilengkapi dengan penyaman udara yang boleh memuatkan dua hingga enam orang.

Taman eko ini juga menawarkan pelbagai acara dan program yang direka untuk pelbagai keperluan dan minat pengunjung.

Program pengukuhan kerja berpasukan bertujuan untuk memperkukuh semangat kerjasama dan meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan peserta.

Sumiran Eco Park menawarkan pelbagai aktiviti sukan untuk setiap peringkat umur.

Program ini direka untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk minat dalam sukan.

Peserta diberi peluang untuk mencuba pelbagai jenis sukan termasuk bola sepak, bola tampar, mendaki dan sukan air.

Di samping itu, Sumiran Eco Park turut menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk memastikan setiap program berjalan lancar.

Justeru, destinasi ini sesuai untuk keluarga atau rakan mengeratkan hubungan dan bersantai.

BERITA LAIN

Rumah Oren sukar ditandingi

HEBAT dan sukar ditandingi. Demikian gambaran keunggulan kontinjen Rumah Oren apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tambay 2026, baru-baru ini.

BERITA TERBARU