ARTIKEL

Akur perniagaan terpaksa batalkan operasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April ini demi kesejahteraan dan keselamatan semua pihak bagi membendung penularan Covid-19.

Bagi pengusaha Kedai Makan Asean Wok Cafe, Siti Khadijah Abdul Rahman, dia terpaksa akur dan patuh dengan pengumuman lanjutan PKP yang diumumkan oleh Perdana Menteri Jumaat lalu.

“Sebagai ibu, saya amat prihatin dengan kesihatan keluarga saya, walaupun ia menjejaskan pendapatan dan ekonomi keluarga kami.

“Namun saya mengambil langkah menjalankan perniagaan makanan secara bungkus dan bawa balik kerana ia masih mematuhi arahan kerajaan dalam langkah pencegahan Covid-19 ini,” katanya.

Jelasnya, pemakaian topeng muka, sarung tangan dan pembersih tangan perlu dipatuhi.

SITI KHADIJAH ABDUL RAHMAN

“Apapun saya amat menghargai bantuan Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan kerana memberi peluang dengan faedah sifar untuk memudahkan urusan bayaran balik nanti.

“Dengan adanya bantuan tersebut ia dapat membantu peniaga dari segi modal pusingan atau aturan pembelian barangan untuk memulakan perniagaan seperti biasa.

“Lanjutan PKP yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini penting demi kesihatan dan kepentingan umum serta negara,” katanya.

Manakala seorang pengusaha kedai cetak Norazryn Abdul Rahman yang melihat tindakan tersebut sebagai wajar.

Beliau turut memuji pentadbiran kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin walaupun baharu mentadbir negara, beliau mampu menangani cabaran Covid-19 dengan baik.

“Kerajaan Sarawak menyumbang ke arah yang sama dengan memperlihatkan gandingan politik yang mantap bersama-sama Putrajaya berusaha membantu usahawan dengan mewujudkan pelbagai bentuk bantuan,” ujarnya.

NORAZRYN ABDUL RAHMAN

BERITA LAIN

BERITA TERBARU