ARTIKEL

Dr Zulkifli Hasan pada majlis peluncuran dua kontena al-Quran ke Amerika Syarikat (Washington), Ivory Coast dan Ghana di Kompleks Nasyarul Quran, di sini hari ini.

Al-Quran terjemahan bahasa Iban bakal terbit dalam 3 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Terjemahan al-Quran dalam bahasa Iban dijangka dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan lagi sebagai sebahagian daripada projek Solidariti Wakaf Sejuta al-Quran

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, terjemahan bahasa Iban merupakan sebahagian daripada projek yang diilhamkam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menyebarkan risalah al-Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa ke seluruh dunia.

“Pada tahun 2026, antara negara yang menjadi destinasi penghantaran ialah Rusia, Jerman serta beberapa negara ASEAN seperti Thailand, Myanmar dan Vietnam.

“Selain itu, di Sarawak, bahan terjemahan turut disediakan dalam Bahasa Iban.

“Secara keseluruhan, jumlah penghantaran mencecah satu juta unit dan akan dilaksanakan secara berperingkat serta berfasa,” menurut laporan TVS.

Beliau berkata demikian pada majlis peluncuran dua kontena al-Quran ke Amerika Syarikat (Washington), Ivory Coast dan Ghana di Kompleks Nasyarul Quran, di sini hari ini.

Menurutnya, agihan lebih setengah juta naskhah al-Quran itu diharapkan dapat membawa rahmat serta keberkatan kepada negara.

“Pendekatan yang dibawa adalah berteraskan mesej rahmat dan kasih sayang, bukan bersifat kemarahan, sebaliknya selari dengan tuntutan al-Quran dan sunnah serta konsep Malaysia Madani.

“Penghantaran al-Quran ini bukan sekadar misi logistik, tetapi satu amanah dakwah dan kemanusiaan.

“Ia melambangkan peranan Malaysia sebagai rakan strategik dalam memperkukuh kefahaman Islam yang rahmatan lil ‘alamin di peringkat global,” jelasnya.

Dalam pada itu, sebanyak 40,000 naskhah al-Quran dihantar dalam pelancaran kali ini, merangkumi 20,000 naskhah al-Quran terjemahan bahasa Inggeris, Sepanyol (Eropah) dan Sepanyol (Latin) ke Amerika Syarikat (Washington).

Manakala 20,000 naskhah al-Quran terjemahan bahasa Perancis dan Inggeris dihantar ke Ivory Coast dan Ghana.

Penghantaran kali ini melengkapkan lebih 553,966 naskhah yang telah disalurkan ke beberapa negara melalui pelbagai agensi dan organisasi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU