ARTIKEL

Alan Lagang buru tempat dalam skuad S’wak United

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYERANG muda Sarawak United FC, Alan Lagang, 20, berharap mampu menempatkan diri dalam barisan pemain skuad 2021.

“Kalau nama saya diselitkan nama senarai pemain simpanan adalah satu rezeki.

“Saya belum cukup berpengalaman, dan masih banyak belajar,” ujar Alan.

Menurutnya, saingan memburu tempat menjanjikan kesukaran kerana SUFC dibarisi begitu ramai pemain ternama.

Antaranya ialah penyerang Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha, Jayaseelan, R. Gopinathan, Ashri Chuchu, Tommy Mawat, Amer Saidin, Nor Shamie Iszuan serta import asing ternama seperti Taylor Regan, Sandro Mendoca dan Lee Chang-Hoon dari Korea Selatan.

“Peluang yang diberikan ini merupakan batu loncatan untuk saya terus meningkatkan prestasi,” yang dihubungi arena Suara Sarawak semalam.

Jelasnya, fokus utama sekarang ialah mengembalikan tahap kecergasan fizikal dan kemahiran taktikal serta teknikal.

“Persiapan mungkin agak sukar kerana aksi liga tidak lama lagi tetapi saya akan berusaha buat yang terbaik.

“Tambahan pula, pasukan kami baru memulakan latihan bersama dan sebelum ini hanya menjalankan latihan secara individu,” katanya lagi.

SUFC yang dibimbing oleh E. Elavarasan merupakan antara pasukan pilihan popular untuk menjuarai Liga Premier 2021, bersama Kuching City FC.

Kebanyakan pemerhati Liga Malaysia 2021, meramalkan SUFC mampu menggegar dalam saingan Piala Malaysia.

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU