ARTIKEL

TAHAN… Lelaki warga Indonesia ditahan polis selepas memasuki sebuah rumah sewa tanpa kebenaran pemiliknya, semalam.

Alasan mahu berehat, lelaki Indonesia ditahan ceroboh rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Alasan mahu berehat tidak menyelamatkan seorang lelaki warga Indonesia daripada ditahan polis selepas memasuki sebuah rumah sewa tanpa kebenaran pemiliknya di Jalan Desa Mawar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, suspek, 40, ditahan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

“Penahanan itu dilakukan selepas kami menerima maklumat daripada kaunter aduan Balai Polis Mukah berhubung kehadiran seorang lelaki tidak dikenali di dalam rumah berkenaan.

TAHAN… Lelaki warga Indonesia ditahan polis selepas memasuki sebuah rumah sewa tanpa kebenaran pemiliknya, semalam.

“Anggota MPV yang tiba di lokasi mendapati rumah tersebut tidak berkunci sebelum masuk untuk melakukan pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hasil pemeriksaan, polis menemui suspek berada di dalam sebuah bilik sebelum menahannya untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, ketika disoal siasat, lelaki itu mengaku memasuki rumah berkenaan dengan alasan mahu berehat.

Rumah yang dimasuki oleh suspek tersebut.

Bagaimanapun, suspek gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah ketika diperiksa.

“Pemilik rumah yang ketika itu berada di Kuching turut memaklumkan bahawa tidak mengenali suspek dan tidak pernah memberikan kebenaran kepadanya untuk berada di dalam rumah tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah,” jelasnya lagi.

Suspek yang tidak bekerja itu direman selama tiga hari sehingga 20 November ini bagi melengkapkan siasatan.

Tegas Rizal, siasatan lanjut merangkumi rakaman percakapan saksi dan anggota polis yang terlibat serta semakan rekod keluar masuk suspek dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Tambahnya, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran individu mencurigakan dan segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

BERITA LAIN

KRT perlu perhebat usaha perkukuh perpaduan masyarakat

MUKAH: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perlu mempergiat usaha menyatukan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya bagi memastikan keharmonian yang dinikmati di Sarawak terus terpelihara. Menteri

Stadium tertutup baharu pacu pembangunan sukan Sarikei

SARIKEI: Pembinaan stadium tertutup baharu di daerah ini dijangka memberi lonjakan kepada pembangunan sukan, belia dan aktiviti kemasyarakatan setempat. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk

BERITA TERBARU