ARTIKEL

Alexander sambut baik Dr Sim dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi tidak menolak kemungkinan Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Bagaimanapun menurutnya, ia di bawah bidang kuasa dan kebijaksanaan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selaku Ketua Menteri untuk berbuat demikian.

“Mengenai perkara ini, ia adalah di bawah bidang kuasa Abang Johari untuk menentukan pelantikan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas desas-desus mengenai pelantikan Dr Sim sebagai Timbalan Ketua Menteri, di sini, hari ini.

Jika Dr Sim dilantik nanti, Alexander yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyambut baik akan keputusan itu.

BERITA LAIN

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli

BERITA TERBARU