ARTIKEL

ALIFF SYUKRI TERUJA SITI NURHALIZA beli beg jenamanya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

USAHAWAN dan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila mengetahui bahawa Datuk Seri Siti Nurhaliza membeli beberapa unit beg tangan jenamanya dalam satu sesi siaran langsung TikTok, baru-baru ini.

Menurut Aliff, pada mulanya beliau menyangka pembelian itu hanyalah gurauan daripada pengikut TikTok, namun terkejut apabila semakan sistem menunjukkan transaksi pembayaran yang sah daripada penyanyi tersohor tersebut.

“Saya terus rasa seronok dan bangga.

TokTi bukan calangcalang orang, tetapi beliau memilih untuk menyokong produk bumiputera seperti saya,” katanya.

Aliff menganggap tindakan Siti sebagai satu penghormatan luar biasa terhadap usahawan tempatan dan bukti sokongan beliau terhadap industri tempatan.

Keterujaan Aliff turut tular di media sosial apabila beliau spontan menyanyikan lagu-lagu popular Siti seperti Bukan Cinta Biasa dan Joget Pahang sebagai tanda penghargaan.

Dalam perkembangan lain, Aliff bercadang mencipta rekod baharu dalam The Malaysia Book of Records menerusi kutipan jualan beg tangan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung pada 3 Ogos ini.

Beliau turut bernazar untuk menyumbangkan sebahagian hasil jualan kepada rumah anak yatim terpilih sekiranya berjaya mencipta rekod tersebut.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha