ARTIKEL

SUMBANGAN… William (dua kiri) menyampai cek cura bernilai RM40,000 dalam bentuk perabot kepada Kelvin (dua kanan) sambil disaksikan oleh Chee How (tengah).

Alumaster sumbang perabot RM40,000 kepada Hope Place

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Alumaster melalui Classic Emas (Sarawak) Sdn Bhd menyumbangkan perabot aluminium bernilai RM40,000 kepada Hope Place Kuching menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ‘Hope Starts at Home’.

Sumbangan itu bertujuan membantu keluarga yang memerlukan termasuk isi rumah yang terjejas akibat banjir di Serian, Stampin, Petra Jaya dan Santubong.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Alumaster, William Koh berkata, inisiatif berkenaan memberi sokongan praktikal kepada keluarga yang berdepan kesukaran.

Katanya, perabot aluminium dipilih kerana sifatnya yang tahan lasak, tahan air dan praktikal untuk kegunaan harian keluarga.

“Rumah bukan sekadar tempat berteduh, tetapi tempat keluarga berkumpul, anak-anak membesar serta mendapatkan keselesaan dan keselamatan.

“Bagi keluarga yang berdepan kesukaran, menyediakan kediaman yang selamat dan praktikal boleh menjadi satu cabaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Alumaster dan Hope Place Kuching dan pelancaran inisiatif ‘Hope Starts at Home’ ibu pejabat Classic Emas (Sarawak) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Demak Laut, di sini, hari ini.

William berkata, sumbangan berkenaan merangkumi pelbagai perabot aluminium termasuk kabinet televisyen, kabinet kasut, besen tandas dan kabinet tempahan khas untuk disalurkan kepada keluarga yang memerlukan.

Sementara itu, Pengasas Hope Place Kuching, Kelvin Wan berkata, pihaknya kini membantu 359 keluarga miskin di sekitar Kuching yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak daripada keluarga ibu atau bapa tunggal, warga emas terbiar serta pekerja harian berpendapatan kurang RM500.

Katanya, Hope Place turut menyalurkan bantuan makanan asas kepada keluarga terbabit setiap dua bulan bagi membantu keperluan harian mereka.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU