ARTIKEL

Johnny Pang meninjau persiapan bagi Program Jangkauan Setiausaha Politik Majlis Taklimat dan Penerangan Inisiatif dan Strategi PCDS2030 Kerajaan Sarawak @ N68 Tanjong Batu di Restoran Dinner World Bintulu, yang berlangsung esok.

Program jangkauan bawa perkhidmatan kerajaan ke Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lebih 20 jabatan dan agensi kerajaan akan berhimpun menerusi Program Jangkauan Setiausaha Politik Majlis Taklimat dan Penerangan Inisiatif dan Strategi PCDS2030 Kerajaan Sarawak @ N68 Tanjong Batu, esok, memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta akses kepada perkhidmatan dan inisiatif kerajaan di satu lokasi.

Program berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang di tingkat satu Restoran Dinner World Bintulu itu dianjurkan Pejabat Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Bintulu dan Pusat Khidmat N68 Tanjong Batu.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, program berkenaan merupakan pendekatan proaktif kerajaan mendekati masyarakat, sekali gus memastikan rakyat mendapat maklumat tepat mengenai dasar, perancangan pembangunan dan skim bantuan disediakan.

Johnny Pang meninjau persiapan bagi Program Jangkauan Setiausaha Politik Majlis Taklimat dan Penerangan Inisiatif dan Strategi PCDS2030 Kerajaan Sarawak @ N68 Tanjong Batu di Restoran Dinner World Bintulu, yang berlangsung esok.

Menurutnya, pelibatan lebih 20 jabatan dan agensi kerajaan menjadikan program itu platform jangkauan yang menghimpunkan pelbagai penyedia perkhidmatan awam di bawah satu bumbung.

Pendekatan itu bukan sahaja menjimatkan masa dan memudahkan urusan orang ramai, malah membuka ruang kepada masyarakat berinteraksi secara langsung dengan pegawai agensi berkaitan untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu dan keperluan masing-masing.

Beliau berkata, program itu turut menyediakan sesi taklimat dan perkongsian maklumat berkaitan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) serta pelbagai inisiatif Kerajaan Sarawak.

Antara agensi yang terlibat dalam sesi taklimat ialah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), AirBorneo, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Sarawak Energy, Sarawak Water Sdn Bhd, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Yayasan Sarawak dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID).

Skop penerangan merangkumi pelbagai bidang berkaitan keperluan masyarakat, termasuk pembangunan infrastruktur setempat, kebajikan sosial, pertanian, kesihatan, pendidikan, peluang pekerjaan, latihan kemahiran, perkhidmatan kewangan serta pentadbiran awam.

Selain sesi taklimat, beberapa jabatan dan agensi turut menyediakan reruai informasi bagi membolehkan pengunjung mendapatkan penerangan secara langsung mengenai perkhidmatan, kemudahan dan bantuan yang ditawarkan.

Antara agensi yang menyediakan reruai ialah Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kesihatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), PERKESO, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Affin Bank.

Turut menyertai program itu ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Perbendaharaan Sarawak, Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak, Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Pang berkata, penyertaan UNIFOR dan AirBorneo antara pengisian menarik program itu kerana memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kedua-dua entiti berkenaan.

Beliau berharap program itu dapat menjadi saluran komunikasi dua hala yang berkesan antara kerajaan dengan rakyat, selain meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai dasar, inisiatif serta kemudahan yang tersedia.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan penduduk Bintulu, khususnya mereka yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai skim bantuan kerajaan, peluang pendidikan dan perkhidmatan awam, supaya mengambil kesempatan mengunjungi program berkenaan.

Orang ramai turut digalakkan menyebarkan maklumat mengenai program itu kepada ahli keluarga, rakan, jiran dan komuniti setempat bagi memastikan lebih ramai penduduk memperoleh manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Program itu turut menyediakan cabutan bertuah kepada pengunjung.

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU

Hajat belum ternoktah

DUA kekalahan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) pastinya bukan permulaan yang diharapkan Kuching City FC, namun perjalanan The