ARTIKEL

GEMBIRA... Mohd. Azri Johari

Samarahan tidak rela kempunan lagi di final Piala Premier Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd. Azri Johari menyifatkan kejayaan pasukannya mara buat kali kedua ke pentas final kempen Piala Premier Sarawak 2026 sebagai sesuatu yang menakjubkan.

Menurut Azri, bukan mudah untuk mengulangi kecemerlangan itu buat kali kedua berturut-turut.

Apatah lagi, pemain terpaksa mengharungi laluan yang cukup berliku untuk melangkah ke final saingan piala berprestij itu.

Justeru, menurut Azri, beliau tidak rela ‘status naib juara’ terus mendampingi pasukannya kali ini.

CARI RUANG… Pemain Samarahan, Mohamad Firdaus Fauzi (tengah) cuba mencari ruang melepaskan diri daripada kepungan dua pemain Bintulu. Foto: Faizal Bujang

Beliau mahu perkara itu dapat diatasi menjelang aksi final yang tarikhnya belum diputuskan sehingga kini.

“Kami tidak rela bergelar naib juara lagi dan inilah masa bagi pemain menghapus badi musim lalu,” ujar Azri kepada Arena Suara Sarawak.

Azri percaya barisan pemain dapat melaksanakan tugas serta merealisasikan misi untuk menjulang kejuaraan yang diidamkan itu.

Dalam pada itu, Azri menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pemain kerana mengotakan janji untuk memastikan Samarahan mara ke pentas final.

“Saya percaya pemain mampu mengekal momentum tersebut untuk pertembungan penuh dramatik menentang Kuching aksi final nanti,” tambah Azri.

Samarahan mara ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan juara bertahan, Bintulu, dengan agregat 4-2.

BERITA LAIN

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada

BERITA TERBARU

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri