ARTIKEL

SELAMAT... Keadaan kereta Alza terbabit selepas kemalangan. | Foto JBPM Sarawak

Alza terbalik, kanak-kanak empat tahun cedera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebuah Perodua Alza terbalik selepas terbabit dalam kemalangan kendiri di lampu isyarat Ibraco hadapan Kampung Assyakirin, di sini, pagi ini, mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa mengalami kecederaan dihantar ke hospital berdekatan oleh pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) Bomba untuk rawatan lanjut.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.11 pagi sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian. Kemalangan membabitkan Perodua Alza dengan tiga mangsa dan kesemua mereka tidak tersepit.

SELAMAT… Keadaan kereta Alza terbabit selepas kemalangan. |Foto JBPM Sarawak

“Bagaimanapun, kesemua mangsa dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Seorang kanak-kanak mengalami kecederaan, manakala seorang dewasa dan seorang lagi kanak-kanak tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada operasi menyelamat dijalankan selepas semua mangsa berjaya dikeluarkan.

Operasi dikawal pada 8.21 pagi dan ditamatkan pada 8.29 pagi selepas keadaan di lokasi disahkan selamat.

Operasi membabitkan 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah EMRS.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU