ARTIKEL

Amalkan kebebasan bersuara secara beretika, matang – Saifuddin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kebebasan bersuara secara beretika dan matang perlu diamalkan demi kepentingan serta kemaslahatan ummah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Matlamat komunikasi ummah ini bermaksud menggunakan kebijaksanaan dalam tatacara berkomunikasi untuk memberi pengajaran yang baik, menegur dan mengkritik dengan berhemah serta beradab walaupun berbeza pendapat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata kebebasan bersuara adalah prinsip asas yang penting dalam masyarakat dan amalan demokrasi di negara ini dan kerajaan dengan jelas menegakkan hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata dakwaan kerajaan mengekang pengkritik daripada bersuara adalah tidak benar sama sekali kerana terdapat kritikan dalam pelbagai bentuk seperti karya satira dan penulisan yang berunsur kritikan terhadap kerajaan, namun tidak diambil tindakan selama ini.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU