ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar dari bilik Mahkamah Sesyen 1 oleh anggota polis.

Amang Seksual Anak Teman Wanita, Lelaki Dipenjara Lapan Tahun, Lima Sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana melakukan amang seksual terhadap anak teman wanitanya, September lepas.

Tertuduh berusia 32 tahun mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Shafiza Datuk Abdul Razak Tready.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah rumah di Lundu, pada 17 September lepas.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Soaca) 2017.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan ibu mangsa melaporkan bahawa pada 19 September lalu, teman lelakinya sampai ke rumah dalam keadaan khayal.

Tertuduh terus memarahi pengadu sebelum dia mencampakkan beg pakaian pengadu ke luar rumah untuk dihalau.

Selain itu, tertuduh juga menampar muka dan menendang bahu pengadu. Dia juga pernah memukul anak perempuan pengadu sehari sebelum laporan polis dibuat.

Pengadu membuat laporan untuk tindakan dan rujukan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada hari yang sama, di bilik kecemasan hospital, pegawai perubatan menemu bual seorang pesakit kanak-kanak.

Mangsa memberitahu bahawa teman lelaki ibunya ada memegang bahagian kemaluannya sejak ibu dan mangsa tinggal serumah dengan tertuduh tujuh bulan yang lalu.

Kali terakhir mangsa dipegang pada bahagian kemaluan oleh tertuduh ialah dua hari sebelum mereka dihalau keluar. Bagaimanapun, mangsa memberitahu tiada objek dimasukkan ke dalam kemaluannya.

Kemudian, pegawai perubatan tersebut turut melaporkan kejadian malang yang menimpa mangsa kepada pihak polis.

Hasil siasatan mendapati ibu mangsa berusia 34 tahun dan tertuduh ialah pasangan kekasih sekitar satu tahun yang lalu.

Ibu mangsa kini hamil empat bulan hasil daripada hubungan tersebut. Manakala, mangsa ialah anak kandung hasil daripada perkahwinan sebelum ini.

Pada 17 September lalu, mangsa tidur bersama-sama ibunya dan tertuduh di dalam satu bilik.

Semasa tidur, tertuduh telah memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Difahamkan tertuduh bakal didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi kesalahan sengaja mencederakan di Mahkamah Majistret Lundu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU