ARTIKEL

UGGAH EMBAS —Uggah Embas bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat JPBNS. (Foto: TVS)

Amaran air pasang besar: Penduduk selatan Sarawak diminta bersiap sedia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penduduk di selatan Sarawak dinasihatkan supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir susulan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 2 dan 4 Januari ini.

Timbalan Premier merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu meningkatkan risiko banjir, khususnya di kawasan rendah dan selatan negeri.

“Sekiranya fenomena air pasang besar bertemu dengan hujan lebat, paras air boleh meningkat secara drastik dalam tempoh singkat.

“Apabila arahan pemindahan dikeluarkan, kita minta rakyat mematuhinya dan segera berpindah. Fenomena ini boleh menyebabkan paras air meningkat dengan cepat, malah air boleh naik dalam sekelip mata,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Wisma Bapa, pagi tadi.

Beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa negeri dan daerah telah bersiap sedia dengan jentera, bekalan makanan dan peralatan yang mencukupi.

“Pasukan Tindak Balas Kecemasan Bencana Luar Bandar (IBED) dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti (CERT) di kawasan luar bandar perlu bertindak segera sekiranya berlaku banjir mendadak.

“Air pasang besar ini merupakan cabaran tambahan. Kita perlu memastikan semua pihak bersiap sedia, bukan sahaja pihak berkuasa tetapi juga masyarakat supaya nyawa dan harta benda dapat dilindungi,” katanya.

Uggah turut menekankan bahawa sistem kawalan air di Sungai Sarawak dipantau 24 jam melalui pembendungan kawalan air serta kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan tindakan segera dapat diambil jika paras air meningkat.

Beliau menyeru orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa, membuat persediaan lebih awal dan tidak menunggu sehingga air naik.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk