ARTIKEL

TIADA SAINGAN... Aksi pekayuh pasukan Sinaran Ratu Siska 1 mengharungi perlumbaan dengan kayuhan bertenaga. – FOTO FAIZAL BUJANG

Amaran awal Todak Berjaya, Sinaran Ratu Siska 1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hari pertama Regata Sejijak Edisi Ke-16 2026 berlangsung rancak dengan 13 perlumbaan peringkat saringan dipertandingkan.

Namun, tumpuan terarah kepada dua acara berprestij, iaitu Perahu Bidar 30 Pekayuh Lelaki Tertutup dan Perahu Bidar 30 Pekayuh Lelaki Terbuka yang menyaksikan penguasaan pasukan pilihan, sekali gus memberi gambaran awal pemburuan gelaran ‘Raja Sungai’.

Acara Perahu Bidar 30 Pekayuh Lelaki Tertutup (Saringan A) diungguli Todak Berjaya, diikuti Landas 2 di tempat kedua dan Imbok Setia Raja 2 di tempat ketiga.

Bagi acara Perahu Bidar 30 Pekayuh Lelaki Terbuka (Saringan A), Sinaran Ratu Siska 1 muncul juara saringan, manakala GP Pantai Damai Binladen 68 dan Todak Berjaya masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

“Permulaan positif bagi kami untuk perlumbaan hari pertama dalam kategori tumpuan ini. Apa pun, kami percaya saingan akan menjadi lebih sengit pada perlumbaan penentuan Ahad nanti,” kata Pengurus Sinaran Ratu Siska 1, Haji Mohd Nusi Jimali kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau berkata, beberapa pasukan handalan dijangka tampil dengan aksi lebih mantap pada hari terakhir bagi merebut kejuaraan.

Dalam kategori lain, Todak Berjaya turut mengungguli acara Perahu Bidar 20 Pekayuh Lelaki (Saringan A), diikuti Landas di tempat kedua dan Sinaran Ratu Siska 5 di tempat ketiga.

Keris Terbang pula menjuarai satu lagi saringan dengan mengatasi Imbok Setia Raja 3 di tempat kedua dan Merpati Putih 1 di tempat ketiga.

Setiausaha Jawatankuasa Kerja Regata Sejijak, Nordini Mandink berkata, acara akhir bagi menentukan juara berprestij itu akan berlangsung pada Ahad.

Juara kategori Raja Sungai Terbuka dan Raja Sungai Tertutup masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

Perlumbaan hari kedua (Sabtu) akan menyaksikan dua acara akhir dipertandingkan, iaitu kategori Perahu Bidar 7 Pekayuh Perempuan Terbuka dan Perahu Bidar 15 Pekayuh Campuran Terbuka, manakala 11 acara lain masih berlangsung di peringkat saringan.

Saingan pada hari terakhir (Ahad) pula akan menampilkan semua acara akhir melibatkan Perahu Bidar 7, 10, 15, 20, 25 dan 30 pekayuh dalam pelbagai kategori termasuk Raja Sungai Terbuka dan Raja Sungai Tertutup.

Regata Sejijak Edisi Ke-16 2026 berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Julai 2026, menawarkan keseluruhan hadiah wang tunai RM170,000. Kejohanan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sejijak dengan kerjasama Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya dan Pusat Khidmat DUN N.6 Tupong.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi