ARTIKEL

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, diiringi Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 di Istana Negara.

TYT hadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini berkenan menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 di Istana Negara.

Keberangkatan beliau diiringi Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dan turut dihadiri Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir ialah Menteri Besar dan Ketua Menteri yang mengiringi Raja-Raja Melayu serta Yang di-Pertua Negeri masing-masing.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Agama Istana Negara sebelum diteruskan dengan sesi sembah taklimat mengenai keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera.

Mesyuarat turut mendengar taklimat mengenai perkembangan ekonomi negara yang disampaikan oleh Menteri Ekonomi.

Majlis Raja-Raja merupakan institusi penting dalam sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di Malaysia, dengan peranan serta bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Institusi itu juga menjadi wadah perundingan bagi perkara berkaitan kedudukan Raja-Raja Melayu dan hal ehwal perlembagaan negara.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU