ARTIKEL

Amaran hujan berterusan di utara Sarawak bermula 30 hingga 31 Januari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hujan berterusan dijangka melanda Sarawak pada 30 hingga 31 Januari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Manakala, katanya utara dan timur Sabah bermula 30 Januari hingga 1 Februari.

Menurutnya, ia susulan analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan angin timuran dijangka memasuki rantau negara bermula 29 Januari hingga 4 Februari nanti.

Justeru, katanya keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Sabah dan Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

“Sehubungan dengan itu, amaran hujan berterusan (waspada) bagi utara Sarawak telah dikeluarkan berkuat kuasa bermula 30 hingga 31 Januari 2026 manakala utara dan timur Sabah berkuat kuasa bermula 30 Januari hingga 1 Februari 2026,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU