ARTIKEL

Amaran hujan berterusan melanda di beberapa bahagian di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka melanda beberapa bahagian di Sarawak.

Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, dan Mukah.

Penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan banjir dan gangguan perjalanan.

Pihak berkuasa tempatan telah bersiap sedia untuk menggerakkan bantuan kecemasan sekiranya berlaku bencana.

Orang ramai diseru agar sentiasa peka dengan perkembangan terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia atau aplikasi mudah alih mereka.

Patuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga sentiasa terjamin.

BERITA LAIN

Hanya GPS mampu jaga Sarawak

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak perlu menjaga kepentingan dan menentukan masa depan negeri sendiri menjelang ‘lumba perahu’ (Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak) tidak lama lagi. Itu

BERITA TERBARU

Hanya GPS mampu jaga Sarawak

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak perlu menjaga kepentingan dan menentukan masa depan negeri sendiri menjelang ‘lumba perahu’ (Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak) tidak lama lagi. Itu