ARTIKEL

Foto: Bernama

Amaran Ribut Petir Hampir Seluruh Negara Hingga 7 Malam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda hampir seluruh negara hingga 7 malam ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan pada 4.10 petang ini, ​MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk tersebut diramal berlaku di seluruh Perlis dan Melaka.

Di Kedah kawasan yang terlibat merangkumi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap, manakala di Perak melibatkan daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Bagi Pahang pula amaran dikeluarkan membabitkan kawasan Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Selangor kawasan yang terjejas ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, kawasan terlibat adalah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, manakala di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kulai.

Bagi Sarawak, cuaca buruk diramal melanda Kuching, Serian, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang.

Di Sabah pula, amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) serta Kudat (Kota Marudu dan Kudat). – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU