ARTIKEL

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tiga Negeri Hingga 7 Malam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 7 malam ini. 

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang melibatkan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. 

Amaran sama turut dikeluarkan di Johor membabitkan kawasan Mersing manakala di Sabah, kawasan yang dijangka dilanda cuaca buruk itu ialah Sandakan (Telupid dan Beluran). – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU