ARTIKEL

AmBank BizRACE: 30 finalis terbaik diumumkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kumpulan AmBank hari ini mengumumkan pemilihan 30 perniagaan cemerlang yang mara ke fasa seterusnya pertandingan AmBank BizRACE Musim ke-4 yang sangat kompetitif.

AmBank dalam kenyataan medianya berkata hampir 1,000 syarikat inovatif dari seluruh Malaysia bersaing untuk mendapatkan tempat dalam program transformatif tersebut, yang direka untuk mempercepatkan pertumbuhan dan penyepaduan teknologi termaju dan amalan kemampanan dalam industri tempatan.

Menurut kenyataan itu lagi, 30 finalis terbaik itu kini menjalani siri pembangunan dan bimbingan yang komprehensif oleh pakar teknikal dalam industri.

“Ini termasuk lawatan sambil belajar di kilang-kilang untuk menilai ruang yang boleh diperbaiki dan keupayaan automasi pintar setiap syarikat diikuti dengan pembangunan dan bimbingan satu-sama-satu ke arah melangkah lebih jauh dalam penggunaan IR4.0 dan ESG,”katanya.

Syarikat yang dipilih, telah beroperasi selama tiga hingga 60 tahun merentasi pelbagai industri, berkongsi komitmen untuk menerima pakai teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Musim ke-4 memberi fokus kepada memperhalusi proses pembuatan dan meningkatkan kemampanan melalui penggunaan teknologi termaju,”tambahnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan di Kumpulan AmBank Christopher Yap berkata , persekitaran perindustrian Malaysia menuntut perniagaan untuk terus berdaya saing melalui teknologi inovatif dan proses yang cekap.

“AmBank BizRACE Musim ke-4 memperkasakan pemimpin perniagaan dan pasukan mereka untuk mengemudi peralihan ini ke arah pembuatan yang mampan dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan alatan yang diperlukan untuk berjaya.

“Program ini memupuk pembangunan mampan peserta dan melengkapkan mereka untuk berkembang maju dalam landskap baharu ini,”ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai 30 finalis Terbaik dan kemas kini tentang kemajuan mereka boleh didapati di laman rasmi AmBank BizRACE di ww.ambankbizclub.com.

BERITA LAIN

Perkukuh hab perdagangan serantau

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 September 2026, Pelabuhan Bintulu secara rasminya menjadi pelabuhan negeri iaitu di bawah bidang kuasa kerajaan Sarawak, daripada kedudukan asalnya sebagai

Sarawak dijangka tarik pelaburan AS$1 bilion

BANGKOK: Sarawak dijangka menarik pelaburan mencecah AS$1 bilion atau kira-kira RM4.07 bilion menerusi pembangunan industri hiliran berasaskan gas sekali gus memperkukuh usaha negeri ini memaksimumkan

BERITA TERBARU

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi