ARTIKEL

Ambulans swasta Muallim bantu pesakit susulan, ada khidmat percuma

Ambulans swasta Muallim bantu pesakit susulan, ada khidmat percuma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJONG MALIM: Usahawan Muhammad Anuar Abdul Aziz, 32, menubuhkan AMM Muallim Ambulance di daerah Muallim, Tanjong Malim, selepas melihat sendiri pesakit sukar ke hospital kerana ketiadaan pengangkutan sesuai.

Syarikat komersial yang beroperasi sejak dua tahun lalu itu turut membantu golongan tidak berkemampuan, termasuk pesakit kanser dan mereka yang hilang punca pendapatan akibat masalah kesihatan, dengan perkhidmatan percuma.

Muhammad Anuar yang juga sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) memulakan operasi pada awal 2024 dengan sebuah ambulans sebelum mengembangkannya kepada empat unit, dengan lima kakitangan tetap berasaskan sijil Basic Life Support seperti dilapor Bernama.

Perkhidmatan syarikat merangkumi pemindahan pesakit bukan kecemasan, penghantaran pulang pesakit dibenarkan keluar wad, tunggu sedia perubatan dan rawatan susulan di rumah, dengan caj RM100 hingga RM300 bagi kawasan sekitar Muallim dan RM800 hingga lebih RM3,000 bagi perjalanan merentas negeri.

Syarikat itu merekodkan purata 20 perjalanan sehari, manakala Muhammad Anuar berhasrat melaksanakan program Ambulans Prihatin Muallim dalam tempoh lima tahun bersama kerajaan negeri bagi menyediakan pengangkutan percuma kepada golongan B40 dan asnaf.

BERITA LAIN

Soul City ,Hyper Freedom meriahkan Kuching

PADA 4 Disember depan, Kuching bakal bergema dengan irama R&B dan dentuman muzik elektronik menerusi Soul City – An R&B Night dan Festival Hyper Freedom

Belia OKU cetus inspirasi

KEJAYAAN seorang belia Orang Kurang Upaya (OKU) membina kerjaya sebagai pencipta kandungan sehingga bergelar usahawan membuktikan kekurangan fizikal bukan penghalang untuk mencapai kejayaan. Anggota Majlis

BERITA TERBARU

Pengundi biak nentu tunga tuju iringtuai nengeri

SAMARAHAN: Pengundi biak diansak bejalaika tanggungpengawa sida maya hari ngundi 12 Disember tu dikena nentuka sada rebak baru bela didinga nentuka tunga tuju iringtuai Sarawak