ARTIKEL

AMIRA OTHMAN …kurang sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI popular, Amira Othman, mencuri perhatian peminat selepas berkongsi hantaran Instagram Story yang memaparkan dirinya menerima rawatan perubatan.

Dalam perkongsian itu, penyanyi lagu Dalam Sujudku tersebut turut menunjukkan gambar tangannya yang disambungkan pada titisan intravena (IV drip), menggambarkan keadaan kesihatannya yang kurang baik.

Sebelum menerima rawatan, Amira dan suaminya, Fattah Amin, sempat menghadiri acara bersama.

Namun, beberapa jam kemudian, beliau memuat naik gambar rawatan itu dengan kapsyen, “Esok kena fly.

Semoga sempat sihat, Nadia Amira,” sekali gus mencetuskan kebimbangan peminat.

Fattah turut memuat naik gambar di Instagram Story yang menunjukkan katil hospital dalam suasana hitam putih dan memohon orang ramai mendoakan kesihatan isterinya agar kembali pulih.

Difahamkan, pasangan itu dijadualkan berlepas ke Korea Selatan atas urusan kerja penting yang tidak dapat dibatalkan pada saat akhir.

Menurut perkongsian akaun TikTok Imani Imtiyaz, Fattah berlepas terlebih dahulu bagi memenuhi komitmen yang melibatkan banyak pihak.

Mereka turut memaklumkan bahawa Amira kini semakin baik dan diberikan ruang untuk berehat secukupnya sebelum dijangka terbang ke Korea Selatan pada keesokan hari, bergantung kepada keadaan kesihatannya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada peminat yang memenuhi ruangan komen dengan doa buat Amira.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa simpati melihat Fattah yang kelihatan kurang ceria tanpa isteri tercinta di sisi. 

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha