ARTIKEL

Ammar Ahyan terima pelbagai tawaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANAK sulung usahawan terkenal, Aliff Syukri, Ammar Ahyan kini menjadi tumpuan ramai selepas mendedahkan bahawa beliau menerima puluhan tawaran untuk membuat ulasan berbayar di media sosial.

Ammar yang berusia 17 tahun menyatakan bahawa walaupun menerima banyak tawaran, beliau tetap bersikap selektif dan hanya memilih kerjasama yang ditapis oleh bapanya.

Menurutnya, bayaran bagi satu hantaran boleh mencecah sehingga RM10,000 bergantung pada produk yang diulas.

“Ramai yang menghubungi saya untuk membuat ulasan.

Ada berpuluh-puluh tawaran saya terima, tetapi abah hanya benarkan saya mengambil beberapa sahaja.

Satu hantaran boleh mencecah RM10,000, namun ada juga yang menawarkan bayaran rendah,” katanya.

Bagi pengalaman pertamanya, Ammar memilih produk makanan. Ulasan pertama itu memberi kesan positif kerana makanan tersebut benar-benar enak.

Katanya, beliau akan memulangkan wang dan tidak meneruskan ulasan sekiranya tidak berpuas hati dengan kualiti produk.

Mengulas lanjut, Ammar berkongsi bahawa membuat ulasan bukanlah keutamaannya.

Baginya, perkara yang lebih penting adalah membantu bapanya memperluaskan empayar perniagaan keluarga.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU