ARTIKEL

Anak derhaka pukul ibu guna kayu mop dipenjara setahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Tertuduh (tengah) diiringi dua anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen 1 menuju ke bilik tahanan sementara mahkamah.

KUCHING: Pukul ibu kandung menggunakan sebatang kayu mop dan ugut bunuh gara-gara enggan memberikan wang, seorang lelaki dipenjara satu tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Maris Agan menjatuhkan hukuman terhadap Khirul Bujang, 28, dari Kampung Telaga Air selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dihadapannya.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa berusia 58 tahun menggunakan sebatang kayu mop.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Manakala, bagi pertuduhan kedua dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut hendak membunuh mangsa dengan menggunakan senjata sebilah pisau.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukannya di kediaman mereka di Kampung Telaga Air, Jalan Matang, kira-kira jam 9.30 pagi, 5 Januari lalu.

Maris menjatuhkan hukuman satu tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Khirul selain memerintahkan dia menjalani hukuman secara serentak bermula hari ini.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, tertuduh bertindak agresif memukul mangsa menggunakan objek berupa kayu mop sehingga menyebabkan mangsa mengalami kesakitan di bahagian kepala dan calar di dahi.

Punca tertuduh bertindak demikian kerana mangsa enggan memberikan wang yang diminta.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Mohamad Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit