TOKYO: Polis Jepun mengesahkan menahan seorang lelaki pada Selasa kerana disyaki membunuh ibunya yang berusia 100 tahun di rumah mereka di barat Tokyo, selepas suspek membuat panggilan mengatakan dia letih menjaga ibunya, lapor Kyodo News.
Kira-kira 1 tengah hari (waktu tempatan), Masato Watabe, 79, didakwa menutup mulut ibunya, Masako dan melakukan perbuatan ganas lain terhadap mangsa di kediaman mereka.
Dia membuat panggilan kecemasan kira-kira 2.10 petang (waktu tempatan) dan wanita itu dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Kadar kelahiran yang semakin menurun dan penuaan penduduk yang semakin tinggi di Jepun mewujudkan masalah sosial apabila warga emas yang mempunyai kemampuan fizikal terhad terpaksa menjaga saudara-mara mereka yang lebih tua.
Menurut polis, Masato mengakui perbuatan itu.
Memandangkan kedua-duanya tinggal bersama di Machida, Tokyo, polis sedang menyiasat keadaan yang menjurus kepada kejadian itu.- BERNAMA-KYODO

Lelaki 34 Tahun Ditahan Kes Tetak Bapa Saudara di Mukah
MUKAH: Seorang lelaki berusia 51 tahun cedera pada telinga kanan selepas dipercayai ditetak menggunakan parang oleh anak saudaranya sendiri dalam kejadian di kawasan Jeti Perahu


