ARTIKEL

Anak Ganu jatuh cinta dengan Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Peraturan ketat yang dikenakan Kerajaan Sarawak terhadap mana-mana individu yang hendak memasuki Bumi Kenyalang semasa pandemik ini disifatkan sangat relevan dan tepat.
Malah semua pihak sewajarnya berlapang dada menerima arahan demi keselamatan bersama.
Salah seorang guru yang bertugas di Miri, anak jati Terengganu Suraya Harun menyifatkan pengurusan Covid-19 di tanah Borneo dan Semenanjung Malaysia berbeza kerana faktor geografi dan demografinya.
“Tanah Borneo ini besar. Kemudahan kesihatan seperti hospital yang terhad, aspek pengangkutan dan jarak yang jauh serta kos, memang tinggi.
“Bayangkan jika Covid-19 menular sehingga ke pedalaman, pastinya lebih menyukarkan.

“Justeru, apa yang dilakukan oleh kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sangat relevan dan betul.
“Mereka mempunyai hak bagaimana kaedah terbaik mencegah penularan di negeri ini.
“Maka, tidak hairanlah dengan peraturan ketat ini, jumlah kes masih berada pada tahap rendah.
“Kerajaan melaksanakan semua prosedur keselamatan sejak Mac lalu demi melindungi rakyatnya,” katanya dalam satu paparan di Facebook peribadi dengan tajuk Catatan Perjalanan Cikgu Suraya Dari Kota Bharu ke Miri (11 Januari), Selasa.
Beliau yang sudah sembilan tahun berkhidmat di negeri ini menyatakan rasa terharu dengan usaha Kerajaan Sarawak memastikan petugas barisan hadapan menjalankan amanah dengan bersungguh-sungguh.
“Perjalanan kali ini agak meletihkan.
“Namun semuanya hilang apabila melihat kesungguhan semua pihak khususnya petugas barisan hadapan.
Jujur saya sangat terharu dengan inisiatif Kerajaan Sarawak.
“Ramai yang bertugas kelihatan penat, bagaimanapun tetap menjalankan amanah dengan baik dan sentiasa tersenyum.
Terima kasih Kerajaan Sarawak,” ujarnya.
Suraya mengingatkan semua pihak agar berlapang dada menerima arahan yang ditetapkan.
“Kita mencari rezeki di tempat orang.
Maka, berlapang dadalah…dengan mengeluh, mengadu sebenarnya tidak menyelesaikan masalah,” jelasnya.
Di akhir catatan tersebut, anak Ganu ini mengakui nikmat paling disyukuri apabila berkesempatan pulang ke tanah air pada cuti persekolahan akhir tahun lalu selama tiga minggu yang membolehkannya menziarahi ibu tersayang.
Menerusi catatan panjang yang mendapat lebih 2,000 tanda suka dan dikongsi kira-kira 1,100 kenalan Facebook itu, Suraya berkongsi dengan lengkap tatacara kemasukan ke Sarawak sehingga ke pintu hotel untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.
Harapannya, catatan kecil itu dapat menjadi panduan kepada sesiapa sahaja yang ingin pulang ke Sarawak.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan