ARTIKEL

Ucapan takziah daripada SK South kepada keluarga mendiang Rizq Aqil yang meninggal dunia pada awal pagi tadi

Anak mangsa kemalangan di Jalan Airport meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang merupakan anak kepada mangsa kemalangan di Jalan Airport pada 16 April lalu telah menghembuskan nafas yang terakhir pada awal pagi ini setelah bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu mengesahkan bahawa anak mangsa yang bernama Rizq Aqil Mohd Firdauz telah meninggal dunia di Hospital Miri.

“Ya, mangsa telah meninggal dunia pada jam lebih kurang 4.30 pagi tadi,” katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai perkembangan terkini kes berkenaan.

Sementara itu, pihak sekolah Allahyarham iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) South, dalam satu kenyataan Facebook telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya.

Pihak SK South menyifatkan bahawa Allahyarham sebagai seorang murid yang ceria, mesra dan juga rajin.

“Rizq Aqil bukan sekadar pelajar tetapi juga merupakan cahaya yang bersinar di dalam kelas oleh kerana semangatnya untuk belajar, kebaikan terhadap rakan sebaya, dan keazamannya yang tidak berbelah bagi benar-benar memberi inspirasi.

“Terkenal dengan sapaan penuh senyuman mesra, sangat rajin membantu guru-guru, proaktif melibatkan diri dalam segala aktiviti dan berani menyahut cabaran.

“Selain itu, senyuman dan sapaan mesranya juga akan sentiasa dikenang kerana sentiasa memabntu menaikkan semangat orang di sekeliling, serta kerap menawarkan bantuan kepada orang yang memerlukan,” kata pihak sekolah.

Terdahulu, Allahyarham Rizq menaiki kereta yang dipandu bapanya kemudian merempuh sebuah lori yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Jalan Airport pada jam 2.32 petang, 16 April lalu.

Akibat daripada kemalangan tersebut, bapanya yang berusia 39 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Miri, manakala Allahyarham Rizq yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA