ARTIKEL

RASMI... Majang menandatangani plak Program Sahabat Maritim Ibu Pejabat Maritim Zon Bintulu 2026 di Kampung Kuala Nyalau, Jumaat lalu.

Keselamatan perairan perlu kerjasama aktif masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Komuniti pesisir pantai perlu lebih proaktif membantu pihak berkuasa memelihara keselamatan perairan negara, termasuk menyalurkan maklumat segera mengenai sebarang aktiviti mencurigakan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi berkata, kerjasama penduduk setempat membantu agensi berkenaan penting bagi melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, menjaga keselamatan perairan serta menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

SUMBANGAN… Majang menyampaikan jaket keselamatan kepada wakil komuniti maritim Kampung Kuala Nyalau.

Tanggungjawab memelihara keselamatan laut bukan terletak pada pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya memerlukan kesedaran dan penglibatan masyarakat, khususnya nelayan serta penduduk di kawasan pesisir.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sahabat Maritim Ibu Pejabat Maritim Zon Bintulu 2026 bersama komuniti Kuala Nyalau di Kampung Kuala Nyalau, Jumaat lalu.

KENANGAN… Majang merakam gambar bersama peserta Program Sahabat Maritim Ibu Pejabat Maritim Zon Bintulu 2026 di Kampung Kuala Nyalau.

Program berkenaan menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dengan masyarakat, khususnya komuniti pesisir pantai dan nelayan.

Katanya, program seumpama itu bukan sekadar memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR), malah memberi peluang kepada agensi kerajaan mendekati penduduk, memahami keperluan serta membina hubungan berasaskan kepercayaan dan kerjasama.

Beliau turut menghargai inisiatif Maritim Malaysia, khususnya Ibu Pejabat Maritim Zon Bintulu, bersama Press Metal, SEARAH dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berganding bahu menjayakan program berkenaan.

Antara inisiatif dilaksanakan termasuk membaik pulih pondok rehat di jeti utama serta memasang empat unit lampu solar di Kampung Kuala Nyalau bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan penduduk.

Meskipun inisiatif itu berskala sederhana, manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh komuniti setempat, sekali gus membuktikan kepentingan kerjasama pelbagai pihak dalam memenuhi keperluan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan lebih banyak syarikat dan pihak swasta menyumbangkan kepakaran, dana serta tenaga bagi menyokong program pembangunan dan kebajikan komuniti.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan SEARAH, syarikat usaha sama antara ENI Italy dan PETRONAS Malaysia dalam sektor gas huluan, sebagai rakan strategik baharu bagi memperluas kerjasama kemasyarakatan.

Kerjasama itu diharap dapat diteruskan menerusi lebih banyak program yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam menyokong pembangunan kawasan Samalaju dan meningkatkan kesejahteraan penduduk sekitarnya.

Tambahnya, pembangunan sesebuah kawasan tidak seharusnya dinilai berdasarkan kemajuan fizikal dan pertumbuhan ekonomi semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira kesejahteraan masyarakat, perpaduan dan semangat saling membantu.

Majang berharap semangat keprihatinan dan kesukarelawanan menerusi Program Sahabat Maritim dapat diteruskan sebagai pemangkin kepada lebih banyak inisiatif kerjasama antara agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

DENGARLAH

Dengarlah, Bukalah mata Dengarlah rintihan alam yang terluka Usahlah api menjadi keKasih yang membinasakan Usahlah kerakusan menjadi duri yang menikam masa depan Andai alam mampu

DI BALIK WAJAH KEMANUSIAAN

Di bumi yang kian hilang cahaya Manusia tenggelam dalam lautan kerakusan Demi takhta, harta dan kuasa Tergadai maruah, terpadam rasa Tangisan insan menjadi irama dunia