ARTIKEL

Anak Miri Ukir Sejarah Bawa Dua Emas Dalam Sehari

Anak Miri Ukir Sejarah Bawa Dua Emas Dalam Sehari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MERAIH pingat emas di temasya Sukan SEA bukan tugas mudah, apatah lagi merangkul dua emas dalam dua kategori berbeza pada hari yang sama. Namun, atlet Malaysia kelahiran Miri, Harith Danial Jefri, membuktikan keupayaannya apabila berjaya merealisasikan pencapaian tersebut.

Kilauan emas pertama Harith hadir dalam acara jumbo doubles campuran bersama Sehveetrraa Kumar apabila mereka menewaskan pasangan Filipina dengan keputusan 11-5, 11-2 di Vajiravudh College, pada Rabu (17 Disember).

Dalam final jumbo doubles lelaki pula, Harith bersama gandingannya, Low Wa Sern, dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan pasangan Filipina, Jonathan Reyes dan Christopher Buraga, 11-4, 8-11, 11-5.

Ujar Harith, kejayaan itu terhasil daripada pelaburan tenaga dan masa yang panjang menerusi latihan intensif sebagai persediaan menghadapi kejohanan.

“Untuk perlawanan pertama, memang tidak banyak masalah kerana kami dapat menamatkan permainan dan meraih emas pertama dengan pantas.

“Tetapi perlawanan kedua agak memenatkan kerana kami dipaksa beraksi sehingga tiga set sebelum mengesahkan kemenangan,” ujarnya kepada Suara Sarawak selepas pertandingan.

Menurut Harith, dalam perlawanan kedua itu, staminanya benar-benar diuji susulan banyak mata diperoleh melalui rali panjang.

“Saya rasa sangat lega. Perlawanan kedua saya hampir satu jam 30 minit — memang panjang dan menguji emosi.

“Perasaan bercampur-baur, tetapi saya mahu pulang dan benar-benar menikmati kemenangan ini,” tambahnya.

Sementara itu, rakan sepasukan Harith, Low, turut memuji semangat juang yang ditampilkan mereka pada set penentuan.

“Selagi kami memberi respons yang baik dalam set ketiga, saya rasa kami telah melaksanakan tugas dengan sangat baik,” katanya.

Kejayaan meraih dua pingat emas itu sekali gus mengesahkan status Harith sebagai antara prospek paling menyerlah negara di pentas Sukan SEA.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU