ARTIKEL

Anak muda Debak turut membantu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Kelab Sukan Rekreasi Laser Light (KSRLL) Debak menyumbang 50 pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan di Betong.

Presidennya Saiful Hanizam Suhaini memberitahu, ia sebahagian daripada rasa tanggungjawab anak muda untuk menghulurkan bantuan.

“Kami hadiahkan pelindung muka ini untuk menampung keperluan harian petugas yang telah bekerja keras. “Biarpun kecil, namun inilah terjemahan keikhlasan kami sebagai anak muda Debak yang tidak mahu hanya melihat,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

Sumbangan tersebut diterima oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Betong yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr. Johnny Pangkas. Jelasnya, KSRLL turut menyantuni golongan asnaf setiap Ramadan.

“Cuma ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti kami cukup terhad. “Bagaimanapun, ketika ini kami giat mengumpul sumbangan berupa barangan keperluan asas serta lampin pakai buang, susu formula dan ubat-ubatan untuk diagihkan kelak.

“Justeru, sesiapa yang ingin membantu dalam bulan Ramadan ini, boleh menyalurkannya melalui pusat pengumpulan di Rumah Oren Debak (tebingan sungai) setiap hari dari jam 11 pagi hingga 5 petang,” ujarnya.

Untuk pertanyaan, hubungi beliau sendiri di talian 013- 5781440 atau Bendahari KSRLL Debak Amirul Afaeq (011-53558112).

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan