ARTIKEL

Anak panda gergasi pertama Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Taman Safari Indonesia (TSI) Bogor menyambut kelahiran anak panda gergasi pertama di negara itu baru-baru ini, sekali gus menandakan kemajuan penting dalam kerjasama China dan Indonesia bagi perlindungan dan pembiakan panda gergasi.

Menteri Kehutanan Indonesia Raja Juli Antoni dalam sidang media pada Selasa berkata anak panda itu dilahirkan pada 27 November 2025 dan merupakan anak kepada panda gergasi dari China Cai Tao dan pasangannya Hu Chun. Anak panda itu kini dilaporkan dalam keadaan sihat.

Kerajaan Indonesia mengumumkan berita baik itu sempena 40 hari kelahiran anak panda gergasi berkenaan selaras dengan budaya masyarakat tempatan.

Proses pembiakan anak panda itu dilakukan secara bersama oleh pasukan penyelidik dari China dan Indonesia dengan menggunakan teknologi pembiakan bantuan. – Bernama-CMG

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU