ARTIKEL

Eason Eyeo Yik Xing memenangi tempat kedua pada Pertandingan Muzik Antarabangsa, Taiwan.

Anak Sarawak raih tempat kedua pertandingan muzik di Taiwan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Eason Eyeo Yik Xing telah mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak dalam Pertandingan Muzik Antarabangsa – Instrumen Tradisional yang berlangsung di Taiwan, baru-baru ini.

Pelajar berusia 11 tahun dari SJK Chung Hua No. 3 ini memikat hati para juri dengan petikan dan alunan Sapenya, yang melayakkannya meraih tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Alunan petikan Sape Eason Eyeo Yik Xing telah memikat hati juri pada Pertandingan Muzik Antarabangsa, Taiwan.

Eason ialah pelajar Sape di bawah bimbingan Elizabeth Bungan, seorang jurulatih dan pemain Sape berpengalaman.

Beliau mula mempelajari dan bermain Sape pada tahun 2023, dengan menjadikan pemetik Sape terkenal seperti Matthew Ngau dan Frederick Maldini sebagai idolanya.

Eason Eyeo Yik Xing merakam gambar bersama idolanya, Matthew Ngau.

Menurut Eason, menyertai pertandingan ini adalah pengalaman yang sangat berharga, terutama sekali apabila berpeluang mempersembahkan alat muzik tradisional Sape di peringkat antarabangsa.

“Sangat berbangga kerana dapat mempersembahkan Sape di pentas antarabangsa,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa pertandingan ini adalah peluang untuk mengetengahkan keunikan Sape, alat muzik kordofon yang sinonim dengan masyarakat Kenyah dan Kayan, yang mengangkat nilai harmoni dengan alam semula jadi.
Di samping itu, ia membuka mata dunia terhadap kekayaan budaya muzik tradisional Borneo yang menakjubkan.

Eason juga berkongsi pengalaman berharga berkenalan dengan peserta antarabangsa dari Jepun, Hong Kong, Taiwan, Thailand, dan Indonesia melalui pertandingan tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

BEFR terima Anugerah Platinum MyTQA

BORNEO Empurau Farm & Resort (BEFR), destinasi pertanian dan ekopelancongan bersepadu seluas 69 ekar yang terle-tak di Tarat, Serian, berjaya memperoleh pengiktirafan berprestij pada peringkat